Majlis Tindakan Khas Covid-19 Negeri Selangor bersepakat untuk mewujudkan satu pasukan petugas khas bagi membendung ancaman wabak tersebut.

Pasukan khas itu akan diketuai oleh bekas menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, menjelaskan tindakan itu dilakukan susulan 60 peratus rakyat yang dijangkiti virus tersebut merupakan warga negeri Selangor.

Dr Dzulkefly Ahmad telah bersetuju untuk mengetuai gerak kerja tersebut, kata Amirudin dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, orang ramai khususnya di Selangor tidak perlu khuatir kerana keadaan setakat ini masih terkawal.

Malaysia kini berdepan gelombang kedua penyebaran Covid-19 selepas jumlah kes yang disahkan di negara ini baru-baru ini melonjak kepada 117 kes.