Adun Tronoh Paul Yong, yang mengambil langkah untuk keluar DAP semalam, menuduh pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming melancarkan usaha "kebudak-budakan" untuk mencalar reputasinya.

Bercakap dalam sidang media di Ipoh hari ini, Yong mendakwa Ngeh dan Nga bertanggungjawab terhadap "serangan tentera siber" di laman Facebooknya.

Beliau juga menuduh Ngeh dan Nga cuba mengadakan himpunan dengan poster yang memaparkannya sebagai "katak".

Beliau juga menyangkal tuduhan bahawa dirinya menjadi punca tumbangnya kerajaan PH di Perak.

Katanya, keputusan untuk keluar parti bersama-sama Adun Buntong A Sivasubramaniam dan Adun Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, hanya dibuat selepas kejatuhan kerajaan negeri itu.