Dalam satu siaran langsung di Facebook malam tadi, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengulangi pendiriannya bahawa kerajaan yang ditubuhkan sah dari segi perlembagaan dan menegaskan ia bukan kerajaan 'pintu belakang'.

"Apabila berlakunya kerja memecahbelahkan diri sendiri melalui Pakatan Harapan, bukan kami yang buat."

"Terdapat usaha menggulingkan perdana menteri, dengan cara yang dilihat oleh umum. Desakan dan sebagainya."

"Maka PAS mengambil langkah untuk mengambil alih kerajaan untuk menyelamatkan negara dengan proses demokrasi."