Surprise Me!

Muhyiddin dan ahli kabinet sedia gaji dipotong

2020-03-11 1,343 Dailymotion

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini menawarkan untuk menjadi anggota kabinet pertama yang dipotong gajinya bagi mengurangkan beban kewangan kerajaan.

Katanya, walaupun soal pemotongan gaji tidak dibincangkan pada mesyuarat pertama kabinet kerajaan Perikatan Nasional hari ini, beliau bersedia untuk berbuat demikian.

"Saya sedia gaji saya dipotong lima peratus, atau 10 peratus."

"Kami tidak membincangkannya hari ini (dalam mesyuarat), jadi jangan pre-empt,” katanya sambil menambah cadangan pemotongan gaji itu juga akan dapat menjimatkan beberapa juta ringgit.

Buy Now on CodeCanyon