Menteri Luar Negeri, Hishamuddin Hussein berkata beliau akan memperbaiki hubungan negara Malaysia dan India berikutan hubungan kerja yang merosot antara kedua-dua negara.

"Saya sedang cuba menguruskannya kerana kita tidak tinggal di sebuah 'pulau' dan kita bukan satu kuasa besar,"

"Sebuah negara yang kerdil macam biasa boleh menggegarkan dunia sekiranya kita memastikan hubungan kita rapat dengan negara negara besar", katanya kepada pemberita.

Hubungan Malaysia dan India merosot sewaktu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan berikutan India mahu menyekat beberapa produk Malaysia, termasuk minyak sawit.