Peguam Haniff Khatri Abdulla hari ini mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), berikutan perubahan yang berlaku di peringkat kerajaan persekutuan.

"Maka bagi saya, saya hendaklah menyerahkan semula mandat saya sebagai pengerusi Perda walaupun tempohnya masih wujud."

"Supaya menteri yang telah dilantik dan kerajaan yang telah ditubuh dapat menentukan siapa calon yang mereka ingin untuk mengendalikan agensi itu,"

Beliau berkata demikian dalam satu rakaman video yang dimuat naik dalam laman Youtube Kelab Inspirasiku Mahathir.

Katanya lagi, beliau tidak meletakkan jawatan sebaik sahaja pertukaran kerajaan persekutuan berlaku kerana tidak mahu meninggalkan Perda tanpa pimpinan.