Jabatan Perdana Menteri sudah menyediakan 5 kertas kerja berkaitan Covid-19 bagi solat Jumaat dan aktiviti keagamaan untuk dibentang di Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan berhubung penularan wabak koronavirus itu.

Menteri Hal Ehwal Agama Zulkifli Mohamad berkata perbincangan mengenai kertas kerja itu, yang juga memasukkan panduan berkaitan, akan diputuskan dalam masa 2 atau 3 hari lagi.

“Ini termasuk bersalaman, kenduri kahwin dan pengurusan jenazah…beberapa saranan akan kita kemukakan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri suatu majlis di Dewan Solat Utama, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik, menegaskan penularan dan keadaan wabak yang sangat membimbangkan.