Menteri Alam Sekitar yang baru, Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mempertahankan kegiatan pembalakan di Kelantan.

Tuan Ibrahim, yang memulakan tugas di kementerian itu hari ini, diminta memberi pandangan berkenaan kritikan terhadap kegiatan itu di negeri yang ditadbir PAS itu.

“Kalau tengok Kelantan, dia dapat sijil ISO berbanding dengan negeri lain yang langsung tak dapat.

“(Kritikan) sebahagiannya kerana sentimen pembangkang,” katanya yang merupakan timbalan presiden PAS.

Kerajaan kelantan sebelum ini dihujani kritikan kerana membenarkan kegiatan pembalakan yang antara lain menjejaskan kehidupan masyarakat Orang Asli di Gua Musang serta dikaitkan dengan pencemaran sungai di negeri itu.

Tuan Ibrahim membangkitkan sektor perlandangan, khususnya penamaman durian Musang King, yang menurutnya menjadi punca pencemaran sungai.

“Sebenarnya bukan isu balak saja, isu sekarang ini perladangan dan sebagai contoh, beribu ekar (ladang) Musang King yang kita kena tengok.