UMNO tidak akan berhenti menjadi mata dan telinga bagi menegur kerajaan meskipun terdapat pemimpin parti itu dalam barisan Kabinet.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pada masa sama pihaknya akan memastikan pemimpin UMNO yang memegang jawatan menteri dan timbalan menteri supaya terus membawa suara parti.

"Tidak kira di kementerian mana. Kita nak mereka mesti meneruskan suara parti dan mereka tidak boleh takut.

"Sebab kita tidak mahu jadi macam kes yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat, mereka ada beberapa menteri dan kemudian ada gerakan yang menidakkan parti mereka.

"Kita tak nak UMNO macam itu. Kita tak nak UMNO ini bila dah ke depan, dia menggerakkan tuntutan individu lebih daripada parti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.