Pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukan melalui pintu belakang ataupun rampasan kuasa, titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sebaliknya, titah baginda yang mengikuti rapat kemelut politik negara PN telah dibentuk bagi menggantikan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Jelas baginda, Yang di-Pertuan Agong telah membuat keputusan dengan teliti berdasarkan perlembagaan selepas rundingan dilakukan.

"Beta sendiri telah mengikuti perkembangan perubahan kuasa tersebut yang telah dilaksanakan oleh seri paduka baginda Yang di-Pertuan Agong dengan cukup berhati-hati dan selepas perundingan yang teliti dan terbuka diadakan, selaras dengan peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Baginda bertitah pada istiadat pembukaan persidangan penggal ke-13 Dewan Negeri Selangor ke-14, 2020 di Shah Alam, hari ini.