Bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye menggesa kerajaan menutup premis institusi pendidikan selama sebulan.

"Sekolah, kolej, universiti, tadika perlu ditutup selama sebulan," katanya dalam satu hantaran di Facebook.

"Hentikan perhimpunan selama sebulan, termasuk semua aktiviti kegiatan keagamaan, sosial, sukan," tambah Lee.

Ahli Parlimen Gopeng itu berkata tujuan kawalan adalah untuk melambatkan atau mencegah wabak berkenaan menjadi lebih parah sehingga musim panas di atmosfera utara atau rawatan berkesan ditemui.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya satu tahun lagi untuk penghasilan vaksin wabak itu.