Pengarah Komunikasi UMNO, Khalid Samad menyifatkan apa yang dialami Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad adalah sama dengan keadaan beliau dikhianati dengan PAS.

Jelasnya, Dr Mahathir menubuhkan Bersatu bagi membendung rasuah, namun sekarang Tan Sri Muhyiddin pula berkerjasama dengan UMNO telah mengkhianati perjuangan Bersatu yang dibawakan oleh Dr M pada awalnya.

Katanya situasi itu sama dengan apa yang beliau alami sewaktu bersama PAS.

"Apa yang dilakukan oleh Muhyiddin adalah sama. Dia akan bawa Bersatu balik seperti UMNO.

Beliau berkata demikian semasa sidang media di pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, hari ini.