Mesyuarat pertama Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan empat langkah tambahan bagi memperkukuhkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020.

Ini termasuk bantuan kewangan bagi membantu pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji, diskaun caj elektrik, pembayaran awal Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pelaksanaan projek-projek kecil PRE2020 yang berjumlah RM2 bilion.

Katanya, bagi pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji, bantuan kewangan sebanyak RM600 setiap bulan akan diberikan untuk tempoh maksimum enam bulan.

“Layak untuk pekerja yang diberi notis tanpa gaji mulai 1 Mac 2020; dan pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.