Kementerian Sumber Manusia mengingatkan semua majikan agar mematuhi garis panduan dalam pengendalian isu berhubung penularan Covid-19 di tempat kerja.

Ini khususnya membabitkan perintah kuarantin, cuti sakit dan pemberhentian kerja.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu menjelaskan, majikan yang ingkar boleh dikenakan hukuman mengikut Akta Kerja 1955.

KSM menyeru semua majikan agar membuat saringan terhadap pekerja masing-masing sekiranya pekerja mereka yang menghadiri mana-mana perhimpunan ijtimak tabligh dan perhimpunan keagamaan di Pulau Pinang.

Sekiranya ada, majikan harus mengarahkan pekerja berkenaan untuk mengisytiharkan diri dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran bagi mendapatkan nasihat serta tindakan lanjut.