Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke hari ini menyatakan kerajaan perlu menjamin kebajikan warga Malaysia dari Johor yang bekerja di Singapura, berikutan perintah kawalan pergerakan yang diumumkan semalam. <br /><br />Ini termasuk melakukan perbincangan dengan kerajaan Singapura mengenai persediaan penginapan serta memastikan pekerja-pekerja ini tidak kehilangan kerja akibat tidak dibenarkan meninggalkan Malaysia selama 14 hari. <br /><br />"Ini merupakan persoalan yang besar kerana melibatkan ratusan ribu rakyat Malaysia, bukan sahaja di antara Johor dan Singapura, tetapi juga di antara negeri-negeri utara dengan sempadan Thailand," katanya dalam satu sidang media Majlis Setiausaha Pakatan Harapan hari ini.
