Menteri KPDNKKHEP, Alexander Nanta Linggi menggesa supaya rakyat Malaysia tidak melakukan pembelian panik kerana situasi masih terkawal.

Beliau juga menjamin stok bekalan mencukupi untuk tempoh 14 hari akan datang.

"Jika pembelian panik berlaku, banyak masalah akan timbul seperti pengedaran stok bekalan. Oleh itu, kita menggesa kerjasama daripada semua pihak untuk tidak melakukan pembelian panik."

Kata Alexander lagi, buat masa ini tiada sekatan akan dikenakan kepada jumlah barangan keperluan yang boleh dibeli oleh pengguna tetapi akan memantau keadaan itu dari masa ke masa.