Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan agar semua aktiviti di masjid, surau dan musolla di negeri itu ditangguhkan sehingga 17 April depan.<br /><br />Menurut Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, Sultan Selangor telah menerima taklimat mengenai perkara itu oleh kumpulan gerak kerja yang diketuai bekas Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad.
