Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura serta rakyat Singapura yang berada di negara ini berpusu-pusu meninggalkan Johor Bahru malam tadi, berikutan perintah kawalan pergerakan yang diumumkan kerajaan dua hari lepas.<br /><br />Semalam, Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud mengesahkan bahawa rakyat Malaysia yang berulang-alik ke Singapura untuk bekerja tidak akan dibenarkan berbuat demikian mulai hari ini hingga 31 Mac.<br /><br />Dalam satu rakaman video yang dikirimkan oleh Bear Fong, dia memberitahu telah terperangkap dalam kesesakan lalulintas di sempadan Malaysia-Singapura sejak jam 4 petang semalam dan hanya berjaya melalui imigresen beberapa jam selepas itu.
