KiniTV melakukan tinjauan di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada hari pertama perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan.<br /><br />Keadaan lalulintas dan laluan pejalan kaki kelihatan agak lengang berbanding hari biasa.<br /><br />Di sebuah restoran makanan segera, kakitangan restoran melakukan saringan suhu badan ke atas para pelanggan yang masuk untuk membeli makanan.
