Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai untuk berada di rumah dan mematuhi perintah kawalan pergerakan.

Kegagalan berbuat demikian, kata beliau akan menyebabkan penyebaran wabak Covid-19 menjadi lebih buruk.

"Kegagalan bukan pilihan di sini. Jika tidak, kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini, yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami, lebih-lebih lagi, jika kita mempunyai sikap "tidak kisah".

"Saya merayu kepada semua rakyat Malaysia, sila ambil perintah kawalan pergerakan ini secara serius. Duduk di rumah dan jangan keluar," katanya dalam satu rakaman video yang dimuatnaik di Facebook.