Kerajaan tidak menolak kemungkinan tempoh perintah kawalan pergerakan akan dilanjutkan, jika penularan wabak Covid-19 dilihat belum berkurangan.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, justeru penting untuk orang ramai melaksanakan penjarakkan sosial dengan berada di rumah, bagi mengelakkan diri dan keluarga daripada terdedah wabak itu.

"Covid-19 mempunyai hayat inkubasi dua minggu. Kerajaan berharap selepas habis tempoh dua minggu, mereka yang mempunyai simptom berjaya diasingkan untuk diberikan rawatan, menjadikan Malaysia bebas dari Covid-19."

"Jika dalam tempoh ini kita belum berjaya sepenuhnya, Kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan tempoh perintah kawalan (pergerakan)," katanya dalam ucapan khas yang disiarkan secara langsung di kaca TV malam tadi.

Oleh itu, perdana menteri sekali lagi mengingatkan orang ramai berkenaan tujuan perintah kawalan pergerakan dibuat.