Malaysia mencadangkan 300,000 warga Malaysia yang bekerja di Singapura untuk terus dibenarkan bekerja di Singapura, dengan syarat Singapura menyediakan tempat tinggal sementara untuk mereka. <br /><br />Menurut Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob perkara itu sedang dirundingkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong serta beliau dan rakan sejawatnya dari Singapura.
