Selangor mencatatkan kes tertinggi Covid-19 iaitu sebanyak 223 kes, diikuti dengan Kuala Lumpur sebanyak 123 kes dan Sabah 112 kes.

Semalam Pejabat Peguam Negara mengeluarkan Warta Persekutuan bagi menghalang individu untuk melakukan perjalanan ke kawasan yang dijangkiti wabak Covid-19.

Semua negeri dan tiga Wilayah Persekutuan di Malaysia disenaraikan sebagai kawasan yang dijangkiti Covid-19.

Setakat ini, Malaysia merekodkan 900 kes positif Covid-19 dengan dua kematian.