Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad hari ini mengesahkan tiada solat Jumaat akan diadakan tetapi umat Islam diminta untuk menunaikan solat Zohor di rumah masing-masing.<br /><br />Beliau juga mengingatkan rakyat Malaysia untuk kekal berada di rumah sepanjang perintah kawalan pergerakan bagi memutuskan rantai jangkitan Covid-19.
