Seramai 2500 orang mahasiswa Selangor yang terpaksa kekal di IPT di Sabah dan Sarawak akan menerima bantuan sara diri ‘one-off’ sebanyak RM200.<br /><br />Bagi pelajar-pelajar Selangor yang terpaksa kekal di kampus masing-masing, khususnya di Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej INPENS, akan diberi makanan percuma bermula 22 Mac hingga 31 Mac.<br /><br />Nilai keseluruhan bantuan ini adalah RM2.3 juta.