Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menjalani kuarantin di rumah selepas mempunyai kontak rapat dengan satu kes Covid-19.

Perkara itu disahkan oleh pembantu Mahathir.

Menurut pembantu berkenaan, dia masih belum boleh melepaskan keputusan ujian Mahathir kepada pemberita.
Tambahnya, isteri Dr Mahathir, Dr Siti Hasmah Ali tidak menghadapi sebarang isu.

Mahathir dipercayai bergambar dengan anggota Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii, yang telah dirawat di hospital di Sarawak selepas didapati positif Covid-19.

Yii telah menceritakan keadaannya dalam satu hantaran di Facebook pada 17 Mac.

Menurut garis panduan Kementerian Kesihatan, individu yang mempunyai kontak rapat dengan kes Covid-19 yang disahkan, perlu menjalani ujian untuk penyakit berkenaan.