Kerajaan akan menanggung sepenuhnya bantuan makanan kepada para pelajar yang terkandas di IPT di seluruh negara, setelah tidak dibenarkan pulang bercuti. <br /><br />Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.<br /><br />Menteri Pertahanan, Ismail Sabri berkata ibu bapa tidak perlu bimbang dan kebajikan para pelajar di IPT akan dijamin oleh kerajaan.