Kerajaan menaikkan harga siling topeng muka serta melarang eksport topeng muka dengan dua warta kerajaan persekutuan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi berkata langkah itu bertujuan meningkatkan bekalan topeng muka di Malaysia.

Nanta berkata langkah itu juga bertujuan menggalakkan peniaga untuk mengimport, serta menghasilkan topeng muka di mana mereka dibenarkan untuk menjualnya pada harga siling yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.