Berkuat kuasa mulai esok pengangkutan awam hanya dibenarkan beroperasi dari jam 6 ke 10 pagi dan dari 5 petang ke 10 malam, maklum Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar petang ini yang mengumumkan hasil mesyuarat antara beliau bersama pegawai atasan polis, angkatan tentera, Rela dan badan-badan berkaitan lain.

Katanya, perintah kawalan sosial yang meletakkan satu meter antara satu sama lain sangat sukar untuk dikuatkuasakan terhadap pengangkutan awam.

Bagaimanapun, perkhidmatan teksi dan e-hailing masih boleh meneruskan operasi seperti biasa, jelas Ismail.