Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah memutuskan untuk menangguhkan Sukan Olimpik Musim Panas Tokyo 2020 kerana pandemik koronavirus

Menurut ahli IOC, Dick Pound penangguhan selama satu tahun merupakan penyelesaian yang terbaik.

Acara ini sepatutnya akan bermula pada bulan Julai.

Olimpik tidak pernah ditangguhkan, walaupun pernah dibatalkan sebanyak tiga kali semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua.

Tekanan meningkat selepas satu persatu negara menggesa IOC untuk menangguhkan acara tersebut akibat wabak koronavirus.