Bekas perdana menteri Najib Razak berpendapat bahawa saringan percuma secara besar-besaran kepada semua rakyat perlu dilaksanakan di Malaysia.<br /><br />Mengambil contoh Korea Selatan, Najib menjelaskan negara tersebut berjaya mengawal kenaikan kes penularan wabak Covid-19 dengan pelaksanaan pemeriksaan kesihatan itu kepada semua rakyatnya.
