Pihak polis Kuala Lumpur telah menerbangkan dron bagi memantau pergerakan orang ramai supaya tidak keluar semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).<br /><br />Polis Kuala Lumpur melancarkan operasi penguatkuasaan undang-undang menggunakan dron tersebut pada pagi Selasa.<br /><br />Pihak polis turut memberi amaran tindakan undang-undang akan diambil sekiranya orang ramai ingkar dengan PKP.
