Perintah kawalan pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 14 April.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.

"Saya telah diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara. Trend semasa menunjukkan kes-kes positif Covid-19 yang baharu masih berlaku.

"Trend ini dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan perintah kawalan pergerakan bagi satu tempoh masa yang lebih lama.

"Sehubungan itu, kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April," katanya.

Dalam pengumuman langsung di kaca TV hari ini, Muhyiddin berkata beliau memaklumkan pelanjutan tempoh itu lebih awal supaya orang ramai dapat bersedia.