Surprise Me!

Kerajaan rampas lebih 200,000 topeng muka yang disorok

2020-03-26 8 Dailymotion

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas 223,000 unit topeng muka tiga lapisan berjumlah RM446,000 yang disorok untuk dijual dengan harga lebih tinggi.

Rampasan itu dibuat di sebuah premis di Kota Damansara, Petaling Jaya.

KPDNHEP mendapati premis tersebut menjual secara tersembunyi kepada pelanggan dengan harga yang lebih tinggi iaitu RM3.50 seunit, melebihi harga maksimum RM2.00 seunit.

Operasi tersebut dijalankan hasil maklumat yang diterima daripada orang awam yang melaporkan suspek menggunakan Facebook untuk mengiklan penjualan topeng muka

Suspek didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500,000.

Buy Now on CodeCanyon