Kerajaan Brunei bersetuju membenarkan sebahagian rakyat Malaysia yang terkandas di Kaherah, Mesir, untuk menaiki pesawat negara berkenaan, selaras dengan misi repatriasi rakyat mereka, yang dijadualkan berlepas dari Kaherah esok.<br /><br />Timbalan Menteri Luar Kamarudin Jaffar berkata, disebabkan kapasiti penerbangan Brunei yang terhad, hanya 51 orang rakyat Malaysia sahaja dibolehkan menaiki penerbangan tersebut.
