Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menjalankan ujian pada kit ujian pantas (RTK) dari Korea untuk mengesan Covid-19 dan berhasrat membelinya dengan kuantiti yang besar jika ia mempunyai tahap ketepatan yang tinggi, kata Dr Noor Hisham Abdullah. <br /><br />Ketua Pengarah Kesihatan itu memberitahu pemberita bahawa KKM telah menguji jenama lain yang diperbuat dari China, dan memutuskan untuk tidak membuat pembelian dari syarikat tersebut kerana tahap ketepatan yang rendah.
