Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan tsunami gelombang ketiga wabak Covid-19 di negara ini berikutan jumlah besar rakyat Malaysia bercuti ke luar negara semasa tempoh cuti sekolah awal bulan ini. <br /><br />Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan kini merupakan sebahagian daripada persediaan menghadapi gelombang ketiga.<br /><br />Sementara itu beliau mendedahkan terdapat kementerian memberi kelulusan kepada 8,000 kakitangannya untuk bercuti di luar negara.