Presiden PKR, Anwar Ibrahim hari ini mengesyorkan pakej rangsangan berjumlah RM250 billion yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hari ini dibawa ke Parlimen untuk dibahas.

"Sekarang ini bila tambah RM25 bilion, dari mana sumber? Bagaimana boleh bayar hutang, bagaimana boleh diperinci pelaksanaannya.

"Saya syor perdana menteri beri pertimbangan serius, beri ruang kepada semua pihak untuk bahas dan beri sokongan dengan maksud memperbaiki," katanya.

Secara keseluruhannya, Anwar berkata beliau gembira dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun beliau tidak mahu agihan bantuan yang diumumkan kerajaan dilakukan orang politik ataupun "perompak" kerana khuatir akan berlaku ketirisan.