Penggunaan tiga jenis ubatan, Chloroquine’, Hydroxychloroquine dan kombinasi ‘Lopinavir/ Ritonavir’, dilihat memberikan kesan kepada rawatan pesakit COVID-19 sejak ia dikesan di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Chloroquine’ dan Hydroxychloroquine, yang sebelum ini digunakan untuk rawatan pesakit malaria, diberikan kepada pesakit COVID-19 kerana ia bersifat anti radang.

Katanya, ia berikutan penyakit COVID-19 menyebabkan saluran pernafasan bawahan mengalami radang.

Beliau berkata, apabila virus COVID-19 melekat di saluran pernafasan bawahan ia akan menyebabkan radang dan juga replikasi virus itu.

“Ini menyebabkan radang di saluran pernafasan bawahan dan menyebabkan radang di kawasan itu. Ubat ini membantu radang saluran pernafasan.

“Itu kita sudah lama guna ubat ‘Lopinavir/ Ritonavir’ bersama dengan Hydroxychloroquine,” katanya pada sidang media di Putrajaya, semalam.