Ahmad Faizal Azumu hari ini berkata tiada tempoh tertentu untuk melantik barisan exco meskipun beliau telah dilantik sebagai menteri besar Perak pada 13 Mac lalu.

Ini kerana, katanya, berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri tiada tempoh tertentu untuk melantik barisan exco.

Sehubungan itu, beliau berkata meskipun tiada exco namun kerajaan negeri masih dapat berfungsi sepenuhnya memandangkan kerja pentadbiran dilaksana oleh ketua jabatan masing-masing.

Beliau berkata, ketua jabatan boleh menjalankan kerja mereka berdasarkan undang-undang berkaitan.

Pada 13 Mac lalu, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melantik semula Faizal sebagai menteri besar negeri yang ke-13 selepas beliau meletakkan jawatan pada 10 Mac ekoran kerajaan Pakatan Harapan tumbang di Perak.

Dalam perutusan sama, Faizal berkata pelantikan exco akan dilakukan selepas PKP ditarik balik.