Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia dan dunia akan mengambil masa yang lama bagi memulihkan semula ekonomi masing-masing selepas krisis pandemik Covid-19.

"(Impaknya) dahsyat, dahsyat Apabila kita tidak bekerja, kita jadi tidak produktif, kita tidak membantu perniagaan dan tidak mewujudkan kekayaan.

"Jika kita pulih, akan ambil masa lama sebelum kita dapat membina semula ekonomi," katanya semasa sesi soal jawab di Facebook hari ini.

Mahathir sebelum ini berkata bahawa krisis Covid-19 adalah lebih buruk daripada krisis kewangan 1997 semasa beliau menjadi perdana menteri.