Dua lagi kematian yang mempunyai kaitan dengan jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan korban akibat virus itu di Malaysia sebanyak 45.

Setakat tengah hari tadi, sebanyak 142 kes jangkitan baru dilaporkan, yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak 2,908 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hariannya memaklumkan bahawa kedua-dua korban terbaru itu melibatkan warganegara Malaysia.

Dalam sidang medianya, Noor Hisham turut memaklumkan bahawa 108 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 645 kes (22.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).