Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneliti idea penganjuran e-bazar Ramadan atau bazar Ramadan secara dalam talian (online) yang dikemukakan oleh pelbagai pihak.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kementerian sentiasa terbuka dengan idea-idea terkini, namun ia perlu diteliti selaras dengan garis panduan yang telah ditetapkan KKM.

"Amalan setiap tahun, sebagai contoh yang ditimbulkan semalam ialah bazar Ramadan.

"Mungkin ada prinsipal panduan KKM yang kena patuh tapi mungkin kita boleh rakamkan idea baharu contohnya e-bazar Ramadan, online bazar Ramadan ataupun drive thru bazar Ramadan.

"Yang pastinya kena elakkan perhimpunan yang ramai dan menjaga penjarakan sosial. Kita terbuka pada idea-idea terkini yang dikemukakan kepada KKM," ujarnya dalam sidang media, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, KKM akan melihat garis panduan terlebih dahulu sebelum meluluskan atau menerima pakai idea-idea baharu yang dikemukakan.