Bekas menteri agama Mujahid Yusof menyuarakan rasa sedihnya dengan dakwaan seorang individu yang mengaku berjaya “menangkap” Covid-19 dan mengurungnya dalam botol.

“Ini sikap paling sedih kerana guna agama,” katanya

Pemimpin kanan Amanah itu berkata beliau sendiri tidak tahu sama ada hendak marah atau gelak dengan dakwaan itu.

“Kononnya dia boleh jampi Covid-19 kemudian kurung dalam botol. Ini saya tidak tahu saya perlu marah atau ketawa.

“Ini bukan soal tangkap jin. Ini sejenis virus yang perlu kepada kaedah vaksinasi itu dengan method yang saintifik,” katanya.

Sebelum ini, seorang lelaki yang mendakwa pengamal perubatan Islam menjadi tumpuan selepas mengaku mampu menangkap virus penyebab Covid-19 dan mengurungnya dalam botol.