Hasil ujian terhadap kit pengesanan pantas antigen dari Korea Selatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kadar ketepatan alat itu hanya 56.6 peratus bagi koronavirus baharu (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setiap kit ujian perlu mencapai keputusan antara 75 hingga 80 peratus baru ia boleh digunakan.

Menurutnya, syarikat membekalkan kit pengesanan pantas antigen kepada KKM adalah dua dari China dan satu syarikat dari Korea Selatan

“Jadi kita tunggu untuk menggunakan 'fluorescent reader', bila (ia mencapai) ketepatannya mencecah 75 hingga 80 peratus baru kita gunakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.