Malaysia dijangka akan diperkenalkan dengan Remdesivir tidak lama lagi, iaitu ubat antivirus dari Amerika Syarikat (AS) dan dikatakan berpotensi untuk digunakan dalam rawatan pesakit Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan telah meluluskan beberapa permohonan untuk membawa masuk ubat eksperimental itu ke Malaysia.

"Kami terima permohonan untuk bawa masuk Remdesivir, dan telah luluskan satu atau dua (permohonan).

"Insya-Allah, kita akan cuba perkenalkan ubat baru ini kepada pesakit (tak lama lagi)," katanya ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, selain Remdesivir yang dibuat oleh syarikat bioteknologi AS Gilead, Kementerian Kesihatan juga menggunakan hydroxychloroquine dan beberapa lagi ubat antivirus off-label.

"Off-label" bermaksud ubat yang digunakan untuk tujuan berbeza dengan apa yang diluluskan pihak berkuasa. Hydroxychloroquine misalnya sebelum ini digunakan untuk merawat jangkitan malaria.