Polis Sabah dilaporkan sedang menyiasat sebuah video yang memaparkan seorang anggota pasukan itu dikatakan telah memukul lima orang dengan menggunakan sebatang kayu.

Klip video sepanjang 27 saat itu diambil di luar sebuah masjid di Kunak, Sabah.

Akhbar The Star melaporkan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Mazli Mazlan berkata, "siasatan dalaman sedang berjalan."

Mazli dilaporkan memberitahu bahawa pegawai polis telah mengarahkan lima orang - yang dipercayai remaja - untuk pulang ke rumah selepas mereka didapati melepak di kawasan itu walaupun perintah kawalan pergerakan sedang berkuatkuasa.

Bagaimanapun, kumpulan itu bertindak balas terhadap arahan pihak berkuasa dengan ketawa dan enggan bersurai, menyebabkan anggota polis itu mengambil tindakan lebih drastik.

Kumpulan terbabit kemudiannya dibenarkan pulang.