Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man berkata singkatan nama baru kementeriannya, Mewa, masih dalam peringkat perbincangan dan akan diputuskan dalam peringkat kementerian nanti.<br /><br />Ini setelah timbulnya dakwaan bahawa singkatan nama kementerian, Mewa mempunyai maksud yang tidak baik iaitu bingung dan bodoh dalam dialek Kelantan seperti dicatat dalam laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
