Mesin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang dihubungkan melalui rangkaian MEPS tidak akan lagi mengenakan bayaran RM1 untuk transaksi mulai Isnin ini.<br /><br />Ia akan berkuat kuasa sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).<br /><br />Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata ia adalah bagi mengurangkan bilangan orang yang mengunjungi kaunter bank untuk melakukan transaksi.