Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa memberi gambaran bahawa perintah kawalan pergerakan (PKP) mungkin dilanjutkan selepas 14 April ini.<br /><br />Dalam ciapan di Twitter petang tadi, katanya, Kementerian Kesihatan telah memberi bayangan bahawa “kita perlu bersedia berkorban lebih lama dalam usaha memutuskan rantaian penularan Covid-19."
